Aura sebenarnya terdiri dari 7 lapisan , di mana lapisan lauran berkaitan dengan jiwa dan roh,manakala lapisan dalaman berkaitan dengan minda, emosi dan kesihatan.
Ia berkait rapat dengan kesihatan fizikal badan mempengaruhi kekuatan dan saiz aura kita. Ia juga dipengaruhi oleh unsur luaran dan warnanya berubah mengikut keadaan mental, emosi dan fizikal seseorang.
Menurut ajaran / amalan cakra, terdapat pusat–pusat dan saluran aliran tenaga batin dan emosi di seluruh badan manusia.aliran tenaga inilah yang mengawal kesihatan badan seseorang. Sama seperti akupunktur, titik pusat yang berlainan di dalam aliran tenaga ini berhubung kait dengan fungsi badan yang berlainan. Aliran tenaga ini sebenarnya menjelma sebagai satu medan elektromagnetik ataupun medan tenaga biologi yang menyelebungi seluruh badan manusia. Wujudnya satu medan cahaya badan memang telah tercatat dan dipercayai di dalam agama dan budaya yang berlainan di seluruh dunia. Terdapat banyak lukisan kuno yang menggambarkan nabi, orang suci atau wira dengan lingkaran yang bercahaya di atas kepala. Di dalam tafsiran yang lebih moden , kini sudah diterima sebagai kenyataan bahawa wujud satu medan tenaga yang menyelebungi seluruh badan makluk. Medan ini dikenali sebagai aura dan memang telah disahkan melalui kajian sainstifik sebagai satu medan tenaga biologi badan. Menurut kajian, setiap anggota badan mengeluarkan tenaga yang berlainan. Gabungan segala medan yang berlainan ini membentuk aura seseorang. Dengan menggunakan ajaran cakra dan akupunktur yang telah diamalkan sejak berkurun yang lalu oleh pengamal–pengamal dahulu telah berjaya menggabungkan beberapa teknik degan amalan–amalannya. Hasilnya amat berjaya kerana pakar–pakar kini dengan mudah dapat membuat diagnosis keatas fungsi–fungsi anggota badan yang berlainan hanya berdasarkan kajian aura seseorang itu. Seseorang pengendali yang terlatih mampu mengenalpasti kawasan bermasaalah seseorang itu hanya dengan mengkaji aura orang itu. Malah tahap tekanan hidup seseorang itu pun boleh diukur dengan mudah. |